Thursday, July 21, 2022

Perbahasan Rang Undang-undang Meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Perbahasan Rang Undang-undang Meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 21.07.2022.

Video here: https://fb.watch/e-b1guj3ZJ/

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Pertubuhan Keselamatan Sosical (PERKESO) yang ditubuhkan tahun 1971 merupakan satu perundangan dan institusi yang penting untuk memberikan perlindungan kepada pekerja.
Saya ambil maklum tentang cadangan RUU ini berkenaan penambah baikan liputan keselamatan sosial yang akan meningkatkan faedah tertentu yang diterima oleh pekerja iaitu menaikkan had maksimum kebolehinsuransan amaun gaji pekerja di bawah Akt aini daripada RM4000 sebulan kepada RM5000 sebulan. Iaitu sekiranya pendapatan pekerja sebagai contoh RM8000 sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta disifatkan sebagai RM5000 sebulan.
Mengikut LAPORAN SURVEI PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Department of Statistics Malaysia, Penengah Untuk Pendapatan Isi Rumah ialah RM5873 dan Purata Untuk Pendapatan Isi Rumah RM7901. Oleh itu, sebenarnya anggapan RM5000 sebulan di bawah Akta SOCSO lebih rendah daripada median dan purata isi rumah.
Prinsip Asas Keselamatan Sosial Pekerja sebagai satu Dana Solidariti di mana pekerja yang tidak mendapat apa-apa benefit sehingga bersara, maka mereka sebenarnya membantu pekerja-pekerja yang lain yang menerima benefit daripada skema ini. Oleh itu, potongan SOCSO ke atas pekerja berpendapatan tinggi boleh membantu juga kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah.
Salah satu tujuan Keselamatan Sosial Pekerja ialah apabila pekerja yang dinsuranskan mengalami kemalangan atau kematian dalam pekerjaaan atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau balik dari tempat kerja, maka ada satu sistem insurans untuk penggantian pendapatan untuk membolehkan dependents mendapat pencen bulanan.
Oleh itu, peningkatan gaji siling dan caruman juga boleh menambahkan faedah yang diterima oleh pekerja.
Program ini hendaklah juga ambil kira bahawa jangka hayat pekerja yang semakin panjang dan cabaran skim social security pekerja ialah untuk memastikan pencen ilat yang diterima oleh pekerja atau waris berpatutan memandangkan cabaran kadar inflasi dan harga barangan dan makanan yang semakin melambung.
Lima Cadangan saya:
1. Saya mencadangkan supaya anggapan gaji siling ditingkatkan dan dikaji setiap 5 tahun dengan ambil kira median dan purata gaji isi rumah.
2. Invalidity scheme hanya untuk umur 60 tahun. Saya mencadangkan second invalidity scheme untuk mereka umur antara 60 hingga 70 tahun yang masih bekerja. Ini kerana ramai yang telah mengeluarkan i-sinar dari KWSP dan terpaksa bekerja sampai lanjut suia. Buat masa ini, syarat kelayakan bagi pekerja yang melebihi 60 tahun pada masa notis keilatan perlu menunjukkan keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun. Itu beban bukti yang tinggi, maka ramai pekerja tua yang tidak dapat perlindungan PERKESO.
3. Telah dilaporkan bahawa sukarelawan agensi kerajaan telah dibenarkan mencarum Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) termasuk sukarelawan di bawa ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, JAKIM dan JKM. Tetapi kenapa Bomba Sukarelawan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Sukarelawan Ambulans tidak dimasukkan dalam Skim Pekerjaan Sendiri.

Kita perlu menyediakan jaringan keselamatan social kepada sukarelawan bomba kerana mereka berdepan risiko dan cabaran.
4. PERKESO perlu bersama EPF untuk berkongsi database dan merangka strategi perlindungan social security and lebih menyeluruh untuk pekerja. Program i-lindung yang diperkenalkan EFP sebenarnya menggunakan dana pencarum sendiri dan insurans premium yang tinggi juga. PERKESO masih menawarkan kadar caruman yang paling rendah berbanding dengan kadar premium i-lindung EPF atau produk polisi insurans yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat insurans.
5. Kadar pencen ilat RM475 sebulan perlu ditingkatkan sejajar dengan 2 perkembangan iaitu gaji minimum telah ditingatkan kepada RM1500 dan juga garis kemiskinan ialah pendapatan sebulan RM2208 seisi rumah dan RM1169 untuk miskin tegar. Untuk mereka yang hanya bergantung kepada ketua isi rumah seorang yang bekerja, maka pencen ilat yang diterima memang teramat kurang di bawah paras miskin tegar.
Akhir sekali, saya berharap PERKESO akan live up to its motto “Melestarikan Keselamatan Sosial untuk Semua”.

No comments: